Sunday, October 3, 2010

proton EXORA VS lotus EVORA

Aq seorang yg minat kereta, berita ini menarik minat ku..

Dari tajuk dah nampak dah. Nama seakan-akan serupa. Evora dan Exora. Mungkin nama je nak sama, tapi bentuknya, kelasnya jauh panggang dari api!
Mengapa saya berkata begini adalah kerana Proton Exora merupakan kenderaan pelbagai guna (Multi Purpose Vehicle, MPV) manakala bagi Lotus Evora pula merupakan kenderaan “sports”!
Mungkin sesetengah pembaca mendengar khabar angin mengenai Lotus Evora yang akan dibawa masuk ke Malaysia yang telah dibanggakan dengan gempaknya, dan sebenarnya model ini telah dilancarkan pada tahun 2008 di British International Motorshow. Mendapat kepujian dari pihak-pihak wartawan automotif dunia, model ini menaikkan nama Lotus sambil mengekalkan apa yang dikata tradisi Lotus, “Prestasi dengan hanya Berat Kecil”
zz 500x331 Proton Exora lwn Lotus Evora?
Namun khabar angin itu sudah basi. Kini Lotus Evora akhirnya telah memasuki pasaran Malaysia. Lotus Evora ini dihasilkan dengan tapak yang baru berbanding Lotus Elise yang dilancarkan pada tahun 1995. Tapak ini digunakan untuk 3 model yang akan datang, dimana 2 model lagi bakal dilancarkan pada tahun 2011. Tak seperti model Lotus terdahulu seperti Elise, Evora ini dihasilkan dengan kapasiti 4 tempat duduk (2 depan dan 2 belakang).
Direka untuk keselesaan penumpang, serta tidak dilupakan penambahbaikkan bagi memudahkan pemandu dan penumpang untuk keluar masuk Lotus Evora ini. Sebelum ini kereta yang sebegini agak susah untuk kita keluar masuk kerana perlu menunduk dengan banyak supaya tidak terhantuk badan kereta!
zzzzzz 500x331 Proton Exora lwn Lotus Evora?
Dengan rekaan terbaru ini, Lotus telah memudahkan mereka yang berketinggian 6kaki 5inci untuk memiliki kereta ini tetapi hanya untuk bahagian hadapan. Bayangkan jika ada kereta yang “sports” juga disebelah  anda ketika anda baru sahaja membeli belah di pasaraya dan anda dengan “macho”nya memasuki kereta anda dengan pantas tanpa terhantuk kepala sambil disaksikan kereta di sebelah tadi. WOW!
Lotus Evora ini telah menampakkan satu perubahan drastik, dan boleh dikatakan ini yang paling mewah dari segi hiasan dalaman Evora. Berat casis yang ringan serta kuasa yang tinggi membuatkan Lotus memenuhi keseluruhan prestasi sebuah kereta “sports”!
zzz 500x331 Proton Exora lwn Lotus Evora?
Spesifikasi:
Berat : 1382 kg
Enjin: 3.5-liter VVT-i V6
Kuasa kuda: 276 bhp
Tork: 342 Nm
0-100 km/j: 5.1 saat
Kelajuan Maksimum: 261 km/j
Tayar: 18″ depan 19″ belakang (Pirelli P Zero)
Bagi pasaran Malaysia, terdapat 4 Pakej yang ditawarkan. Antaranya:
1) Pakej “Tech”
Speaker dan sistem stereo dinaik taraf dengan 2x50W amp, Amp dan subwoofer yang lebih ringan, pemain DVD, 7″ WVGA paparan skrin sentuhan, GPS mudah alih, bluetooth handsfree untuk telefon bimbit, USB untuk iPod serta pemain MP3 dan kad memori. Dilengkapi juga dengan kawalan kelajuan, pengesan untuk undur, dan sistem paparan yang memaparkan tekanan tayar.
2) Pakej “Tech Upgrade”
Sama seperti di atas, tetapi sistem audio digantikan dengan Alpine Imprint Multi EQ serta ditambah pula dengan kamera undur Alpine.
3) Pakej “Premium”
Pakej ini adalah yang eksklusif antara pakej-pakej yang ditawarkan, iaitu sistem lampu yang lebih canggih, bahagian belakang yang dibuat dari kulit, logo evora di papan “dash”, karpet lantai premium, pintu yang dibalut dengan kulit bahagian dalamnya, armrest dan konsol tengah. Pilihan warna kulit adalah : Oyster, Charcoal, Chestnut or Paprika.
4)Pakej “Sports”
Sistem pemanduan yang boleh ditukar dari biasa ke “sports”, tabung ekzos belakang titanium, penyejuk minyak enjin, brek cakera “cross-drilled”, brek kaliper warna hitam, serta difuser angin.
Harga:
Sport Specs Edition : RM443,480
Tech Specs Edition (Upgrade) : RM463,650
Sport & Tech Specs Edition : RM472,110
Launch Pack Edition (Sport + Premium + Tech Upgrade) : RM490,210
Antara tambahan yang ditawarkan ialah:
Ratio kotak gear yang lebih sporty
Y-Type 5batang rim aloi
Cat Premium.
zzzzzzz Proton Exora lwn Lotus Evora?
Bagi anda ingin memiliki kereta ini, saya rasa Lotus Evora ini merupakan kereta sports yang mewah dan berkuasa serta memberi keselesaan yang maksimum bagi semua penumpang. Evora antara kereta sports yang dapat membawa 4 penumpang pada satu masa dan ini merupakan satu perubahan yang terbaik di samping dapat mengekalkan berat serta kuasa yang tinggi untuk casis yang sebegini. Sekian.

No comments:

Post a Comment